Translate

Khamis, 12 September 2019

Cara Membuat Nota



Kemahiran belajar boleh ditakrifkan sebagai keupayaan atau kecekapan dalam mengumpul,memproses dan merumus maklumat secara kendiri dan seterusnya menuju ke arah pembelajaran seumur hidup. Kemahiran belajar merujuk kepada gaya pembelajaran yang merangkumi motif dan strategi tertentu yang diamalkan oleh pelajar bagi memperoleh maklumat dan hasil pembelajaran (Abdul Razak Habib,2002). Konsep kemahiran belajar merangkumi banyak kemahiran atau aspek di dalamnya. Salah satu aspek yang terkandung dalam konsep kemahiran belajar ialah mencatat nota.

Kemahiran mencatat nota merujuk kepada keupayaan pelajar untuk mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul dengan menggunakan tulisan yang yang jelas dan gramatis.  Kemahiran mengambil dan mencatat nota yang efektif merupakan aktiviti yang sangat penting bagi seorang pelajar tidak kira sama ada peringkat sekolah rendah, sekolah menengah mahupun pelajar institut pendidikan tinggi. Hal ini kerana kuliah yang disampaikan oleh pensyarah merupakan sumber maklumat yang paling utama bagi pelajar.

Walaubagaimana pun, pelajar  tidak perlu mengambil nota dalam setiap perkara yang disampaikan oleh guru ataupun pensyarah, sebaliknya hanya mengambil isi-isi penting yang membantu sahaja. nota yang dibina tidak hanya bersumberkan kuliah yang disampaikan malah boleh bersumberkan buku rujukan lain (Siti Hawa Munji,1987). Nota dibina dijadikan bahan rujukan bagi mengingat semula maklumat atau fakta yang terlupa. Oleh hal demikian, penting bagi seseorang pelajar mengetahui cara membuat nota. Cara-cara membuat nota  terbahagi kepada empat yakni 


             ⧪ annotation.
             ⧪ outline notes.
             ⧪ column notes
             ⧪ nota rumusan.





1.     Annotation  


Pertama, annotation. Annotation ialah catatan nota untuk memberi penjelasan dlam bentuk penerangan ringkas mengenai sesuatu kerja. Contohnya, artikel, bab buku, buku, laman web dan filem. Penjelasan yang dicatatkan hendaklah mengandungi maklumat bibliografi lengkap, skop dan tujuan kerja, cadangan pembaca dan tahap kesukaran, hubungan dengan tugasan yang akan dilaksanakan, satu komen ringkas dan penjelasan hanya sepanjang 100 ke 200 patah perkataan serta mengandungi bahagian-bahagian yang penting.

 Kaedah ini akan membantu untuk bukan sahaja mengingat isi-isi penting malah membantu seseorang agar tidak membaca keseluruhan teks semula. Annotation juga boleh dibuat melalui catatan dan contengan ringkas iaitu dengan menggaris fakta dan menandakan isi penting. Seterusnya, menggunakan tanda soal atau menggunakan highight bagi bahagian yang tidak difahami kemudian mencari maklumat lanjut berkenaan bahagian tersebut. Selain itu, menandakan tanda “right” dan pangkah serta menggunakan pen yang berwarna-warni dalam catatan dan pelekat bagi menceriakan nota yang dibina.


                           
                                  


                                      









2.      Outline Notes  

Seterusnya, membuat nota melalui outline notes. Cara ini  hanya menggunakan frasa dan kata kunci serta  menggunakan tajuk besar dan kecil serta indentation. Dalam menggunakan cara ini, tajuk besar hendaklah diletakkan di atas tajuk kecil. Teknik sesuai digunakan dalam mencari maklumat dan isi semasa membuat kerangka idea bagi membina karangan. Hal ini demikian kerana hasil tulisan yang ditulis juga menjadi lebih tersusun dan teratur dan pelajar dapat membina karangan yang cemerlang dari segi susunan idea.



                       










3.    Column Notes  

Di samping itu, column notes juga merupakan cara membuat nota. Teknik ini sesuai digunakan bagi subjek Sains dan Matematik kerana teknik column notes ini merupakan cara mengambil nota menggunakan format berbentuk lajur. Hal ini memudahkan pelajar untuk membanding beza, pengkelasan dan lain-lain kerana nota yang berbentuk lajur ini lebih teratur dan mudah difahami disebabkan segala maklumat yang ingin disampaikan itu jelas dan kelihatan tersusun di dalam jadual.



                    Hasil carian imej untuk nota rumusan



4.      Nota Rumusan  


Akhir sekali, nota rumusan. Nota yang dicatat dalam bentuk rumusan mengandungi semua maklumat yang telah diringkaskan dan ditulis dalam bentuk perenggan. Rumusan ini lebih berfokuskan kepada isi penting. Di samping membina rumusan dalam bentuk perenggan, nota ini juga boleh dibina dalam bentuk peta minda, jadual dan lain-lain di mana ayat dibina dengan menggunakan perkataan sendiri. Dalam nota rumusan, suatu ruangan antara nota hendaklah disediakan bagi membuat maklumat tambahan atau perubahan. Maklumat tersebut juga boleh dikecilkan dan diringkaskan mengikut kefahaman pelajar.



                  




                       Hasil carian imej untuk nota rumusan








Kesimpulannya, setiap pelajar mempunyai cara yang berbeza dalam membuat nota. Oleh itu, pentingnya mengambil tahu tentang teknik mengambil nota yakni annotation, outline notes, column notes dan nota rumusan agar nota yang dihasilkan adalah  sistematik, tersusun dan dalam bentuk yang menarik supaya meningkatkan daya ingatan pelajar dan keberkesannya dalam proses pembelajaran. Hal ini kerana faktor utama pelajar gagal mendapatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang adalah kerana tidak memiliki nota yang tersusun atau langsung tidak memiliki nota. Intihannya, seorang pelajar seharusnya mencari dan berusaha untuk mempraktikan teknik-teknik dan selok belok untuk menyediakan nota yang bermutu.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kemahiran belajar boleh ditakrifkan sebagai keupayaan atau kecekapan dalam mengumpul,memproses dan merumus maklumat secara kendiri...