Alat berfikir dapat membantu proses
pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih berkesan dan sistematik.
Contoh-contoh alat berfikir:
Pengurusan grafik
|
Peta minda
|
Pemetaan i-Think
|
Teknik menyoal aras tinggi
|
Alat Cort 1
|
Alat Cort IV
|
- meningkatkan kemahiran berfikir
- idea lebih tersusun, jelas dan mudah difahami
- proses mengingati lebih mudah
Æ Pengurusan Grafik
Pengurusan grafik melibatkan pola penyusunan yang mewakili hubungan
antara maklumat bagi sesuatu idea.Penggunaan borang grafik dapat membantu
pelajar mengingati sesuatu perkara dengan mudah dan ingatan tersebut bertahan
lama di samping menjadikan seseorang itu lebih fokus.
Borang grafik dapat digunakan dalam :
·
Membanding dan membeza
·
Membuat kategori
·
Meneliti bahagian kecil dan keseluruhan
·
Menerangkan sebab dan akibat
· Mengusul periksa andaian
· Mengusul periksa andaian
Contoh pengurusan grafik |
h Peta Minda
Menurut Buzan(2003), peta minda digunakan dalam pelbagai bentuk dan aplikasi termasuklah dalam bidang pembelajaran dan pendidikan di mana sering kali ia diajar sebagai 'jaring' atau 'penjaringan', merancang dan pengilustrasian dalam kejuruteraan.
Contoh peta minda |
Ë Pemetaan i-THINK
Pemetaan i-THINK bertujuan untuk mempertingkat dan menerapkan kemahiran
berfikir dalam kalangan pelajar untuk memudahkan proses pembelajaran
mereka.
Pemetaan i-THINK berkesan untuk :
- Menajamkan minda
- Memperoleh makna dan pemahaman tentang sesuatu
- Menerokai pelbagai kemungkinan idea dan ciptaan
- Memperoleh penyelesaian yang baik kepada sesuatu masalah
- Menyediakan refleksi dan metakognitif mengenai sesuatu proses
Kemahiran menyoal merupakan alat perkembangan minda yang paling penting
dalam kehidupan manusia. Hal ini dikatakan demikian kerana kemahiran menyoal
menandakan seseorang itu telah menguasai kemahiran belajar.
Kemahiran menyoal perlu dikuasai bertujuan untuk :
✔ Mengaktifkan pelajar dalam kelas
✔ Memotivasikan pelajar
✔ Menanam minat dalam diri pelajar
✔ Mengenal pasti kelemahan
✔ Meningkatkan daya pemikiran
✔ Menjana pembelajaran kendiri
Terdapat tiga teknik menyoal aras tinggi :
F
Alat-alat CoRT 1
Golongan pendidikan kebanyakkannya menggunakan teknik CoRT iaitiu Cognitive
Research Trust yang diperkenalkan oleh Edward De Bono dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dan alat ini mengandungi enam bahagian CoRT iaitu :
i. CoRT 1 : Keluasan Persepsi
ii. CoRT 2 : Organisasi Proses Berfikir
iii.CoRT 3:Interaksi, Argumen, Pemikiran Kritis
iv.CoRT 4 : Pemikiran Kreatif
v. CoRT 5 : Maklumat dan Perasaan
vi.CoRT 6 : Tindakan
!!! Namun yang sering digunakan oleh guru ialah alat CoRT 1 yang mengandungi
tujuh teknik asas.
PMI - Plus, Minus, Interesting
(Baik, buruk, menarik)
|
CAF - Consider All FActs
(Ambil kira semua faktor)
|
C&S - Consequence & Sequel
(Kesan dan akibat daripada kesan)
|
AGO – Aims, Goals, Objective
(Tujuan, matlamat, objektif)
|
FIP – First Important Priority
(Keutamaan)
|
APC – Alternatives, Possibilities, Choices
(Alternatif, kemungkinan, pilihan)
|
OPV – Other People’s Views
(Pandangan orang lain)
|
RUJUKAN ;
https://sites.google.com/site/kemahiranbelajarnurulaqilah/bab-5-kemahiran-mengambil-dan-membuat-nota/cara-cara-membuat-nota-1
http://ainaaziefaazzurin.blogspot.com/2018/09/cara-cara-membuat-nota.html
http://ainaaziefaazzurin.blogspot.com/2018/09/cara-cara-membuat-nota.html
https://aizat29.blogspot.com/2016/08/alat-alat-berfikir-dalam-membuat-nota.html
https://diyanasir.wordpress.com/2017/10/04/alat-berfikir/
Ismail Mustafa,
Ahmad Subki Miskon & Allza Adnan ( 2016) KEMAHIRAN BELAJAR. Selangor :
Penerbitan Mulitimedia.
Rosinah Edinin
(2014) KEMAHIRAN BELAJAR. Kuala Lumpur : Freemind Horizon Sdn Bhd.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan