Kemahiran
belajar boleh ditakrifkan sebagai keupayaan atau kecekapan dalam mengumpul,memproses
dan merumus maklumat secara kendiri dan seterusnya menuju ke arah pembelajaran
seumur hidup. Kemahiran belajar merujuk kepada gaya pembelajaran yang
merangkumi motif dan strategi tertentu yang diamalkan oleh pelajar bagi
memperoleh maklumat dan hasil pembelajaran (Abdul Razak Habib,2002). Konsep
kemahiran belajar merangkumi banyak kemahiran atau aspek di dalamnya. Salah
satu aspek yang terkandung dalam konsep kemahiran belajar ialah mencatat nota.
Kemahiran
mencatat nota merujuk kepada keupayaan pelajar untuk mengeluarkan idea melalui
pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman
peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca
dan ejaan yang betul dengan menggunakan tulisan yang yang jelas dan gramatis. Kemahiran mengambil dan mencatat nota yang
efektif merupakan aktiviti yang sangat penting bagi seorang pelajar tidak kira
sama ada peringkat sekolah rendah, sekolah menengah mahupun pelajar institut
pendidikan tinggi. Hal ini kerana kuliah yang disampaikan oleh pensyarah
merupakan sumber maklumat yang paling utama bagi pelajar.
Walaubagaimana
pun, pelajar tidak perlu mengambil nota
dalam setiap perkara yang disampaikan oleh guru ataupun pensyarah, sebaliknya
hanya mengambil isi-isi penting yang membantu sahaja. nota yang dibina tidak
hanya bersumberkan kuliah yang disampaikan malah boleh bersumberkan buku
rujukan lain (Siti Hawa Munji,1987). Nota dibina dijadikan bahan rujukan bagi
mengingat semula maklumat atau fakta yang terlupa. Oleh hal demikian, penting
bagi seseorang pelajar mengetahui cara membuat nota. Cara-cara membuat nota terbahagi kepada empat yakni
⧪ outline notes.
⧪ column notes
⧪ nota rumusan.
4. Nota
Rumusan
1. Annotation
Pertama,
annotation. Annotation ialah catatan nota untuk memberi penjelasan dlam bentuk
penerangan ringkas mengenai sesuatu kerja. Contohnya, artikel, bab buku, buku,
laman web dan filem. Penjelasan yang dicatatkan hendaklah mengandungi maklumat
bibliografi lengkap, skop dan tujuan kerja, cadangan pembaca dan tahap
kesukaran, hubungan dengan tugasan yang akan dilaksanakan, satu komen ringkas
dan penjelasan hanya sepanjang 100 ke 200 patah perkataan serta mengandungi
bahagian-bahagian yang penting.
Kaedah ini akan membantu untuk bukan sahaja
mengingat isi-isi penting malah membantu seseorang agar tidak membaca
keseluruhan teks semula. Annotation juga boleh dibuat melalui catatan dan
contengan ringkas iaitu dengan menggaris fakta dan menandakan isi penting.
Seterusnya, menggunakan tanda soal atau menggunakan highight bagi bahagian yang
tidak difahami kemudian mencari maklumat lanjut berkenaan bahagian tersebut.
Selain itu, menandakan tanda “right” dan pangkah serta menggunakan pen yang
berwarna-warni dalam catatan dan pelekat bagi menceriakan nota
yang dibina.
2. Outline
Notes
Seterusnya,
membuat nota melalui outline notes. Cara ini hanya menggunakan frasa dan kata kunci serta menggunakan tajuk besar dan kecil serta indentation.
Dalam menggunakan cara ini, tajuk besar hendaklah diletakkan di atas tajuk
kecil. Teknik sesuai digunakan dalam mencari maklumat dan isi semasa membuat
kerangka idea bagi membina karangan. Hal ini demikian kerana hasil tulisan yang
ditulis juga menjadi lebih tersusun dan teratur dan pelajar dapat membina
karangan yang cemerlang dari segi susunan idea.
3. Column
Notes
Di
samping itu, column notes juga merupakan cara membuat nota. Teknik ini sesuai
digunakan bagi subjek Sains dan Matematik kerana teknik column notes ini
merupakan cara mengambil nota menggunakan format berbentuk lajur. Hal ini memudahkan
pelajar untuk membanding beza, pengkelasan dan lain-lain kerana nota yang berbentuk
lajur ini lebih teratur dan mudah difahami disebabkan segala maklumat yang
ingin disampaikan itu jelas dan kelihatan tersusun di dalam jadual.
Akhir
sekali, nota rumusan. Nota yang dicatat dalam bentuk rumusan mengandungi semua
maklumat yang telah diringkaskan dan ditulis dalam bentuk perenggan. Rumusan
ini lebih berfokuskan kepada isi penting. Di samping membina rumusan dalam
bentuk perenggan, nota ini juga boleh dibina dalam bentuk peta minda, jadual
dan lain-lain di mana ayat dibina dengan menggunakan perkataan sendiri. Dalam
nota rumusan, suatu ruangan antara nota hendaklah disediakan bagi membuat
maklumat tambahan atau perubahan. Maklumat tersebut juga boleh dikecilkan dan
diringkaskan mengikut kefahaman pelajar.
Kesimpulannya,
setiap pelajar mempunyai cara yang berbeza dalam membuat nota. Oleh itu,
pentingnya mengambil tahu tentang teknik mengambil nota yakni annotation,
outline notes, column notes dan nota rumusan agar nota yang dihasilkan adalah sistematik, tersusun dan dalam bentuk yang
menarik supaya meningkatkan daya ingatan pelajar dan keberkesannya dalam proses
pembelajaran. Hal ini kerana faktor utama pelajar gagal mendapatkan keputusan
peperiksaan yang cemerlang adalah kerana tidak memiliki nota yang tersusun atau
langsung tidak memiliki nota. Intihannya, seorang pelajar seharusnya mencari
dan berusaha untuk mempraktikan teknik-teknik dan selok belok untuk menyediakan
nota yang bermutu.